KB Mall Runtuh?

on Sunday, December 6, 2009


KB Mall bukannya runtuh, tapi dihempap kereta. Keretanya dari parking tingkat atas tiba-tiba excident,jatuh melalui tangga. akibatnya 2 orang meninggal dan 2 cedera parah.

yahoo fantasy football epl

on Monday, November 16, 2009


fantasy football epl ini lagi menarik. yang ni fantasy yahoo uk. hmm...ni adalah contoh terbaik percaturan player untuk minggu ke-12. he.he.he..

Fantasyfootball budwiser

on Sunday, November 15, 2009

jom berfantasy football epl. Ni player contoh minggu ke12

blog best

on Tuesday, November 10, 2009

Merdeka! Merdeka! Priksa dah habisss. Saya pun dah habis kursus KSPK selama 1 tahun di IPG KDRI.

Pertandingan Lawn Bawl

on Tuesday, November 3, 2009


Kami KSPK PJ telah berjaya menganjurkan pertandingan boling padang dengan jayanya pada 28 dan 29 Oktober 2009.

on Monday, September 14, 2009

W12 soccer.net

on Sunday, September 13, 2009

w12.soocer.net.com
Ramai wanita-wanita yang meminati permainan seperti lelaki iaitu futsal. Pelajar perempuan SK Banggol Peradong, Kuala Terengganu juga mengalami nasib yang sama sebagai aktiviti kecergasan mereka.

Ujian Segak

on Monday, August 17, 2009

Ujian SEGAK ialah ujian untuk menentukan tahap kecergasan seseorang. Baru-baru ni murid SK Banggol Peradong telah menjalani ujian tersebut. Gambar di atas adalah ujian naik turun bangku selama 3 minit. Selepas 3 minit, kadar denyutan jantung diambil selama 1 minit.

Jerebu atau berkabus?

on Monday, August 10, 2009


yaa...ada perihal kabus juga dalam blog ni. macam blog dairi pencatat maya la!!!

Abseling

on Tuesday, June 30, 2009

Wow... TokDekar terbang sedang abseling menuruni dari gunung. Macam spiderman.

Pendidikan Luar


Tamat la sudah aktiviti pendidikan luar KSPK PJ 2009 di Pulau Redang, Merang, Terengganu. Aktiviti ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. BEST...!!!

Keperitan Bersalin

on Monday, May 18, 2009

Jam 4.30 petang pada 30 April, saya dan isteri tiba di pendaftaran wad bersalin. Dalam wad bersalin,umi dan para ibu dinasihatkan berehat sementara tiba masanya. Perut umi semakin kerap sakit dan sakinnya semakin 'menjadi-jadi'. Jam 6.15ptg saya baru dipanggil oleh nurse untuk masuk dibilik bersalin bersama umi. Saya terkejut melihat kesakitan yang dirasakan dari nada suaranya dan raub wajahnya.
Tepat jam 7.00mlm, kesakitannya semakin memuncak dan dia merasakan macam dah nak keluar. Ntah berapa kali umi meneran, tapi masih lagi tidak berjaya hinggakan saya sendiri yang terasa 'terteran'. Kalau boleh saya sendiri yang ingin menerannya.
Selepas 1jam lebih menanggung keperitan, jam 8.09mlm, Aimi Nasuha akhirnya di alam duniawi dan Azan dan Iqamah dikumandangkan. Sekarang, Aimi dapat melihat alam ni lawaa... sungguh...

Latihan Fartlek

on Monday, May 11, 2009

Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.

Objektif latihan
1. meningkatkan dayatahan kardiovaskular
2. membina dan meningkatkan kepantasan

Mengukur Indikator-Indikator Kesihatan

on Tuesday, April 28, 2009

Renang Gaya Kupu-kupu

on Monday, April 20, 2009

Gaya kupu-kupu adalah salah satu gaya berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah lengan secara bersamaan ditekan ke bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum diayunkan ke depan. Sementara kedua belah kaki secara bersamaan menendang ke bawah dan ke atas seperti gerakan sirip ekor ikan atau lumba-lumba. Udara dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan hidung sebelum kepala muncul dari air, dan udara dihirup lewat mulut ketika kepala berada di luar air.

Info Kesihatan

on Tuesday, March 31, 2009

Laman ini memaparkan artikel dan lain-lain info kesihatan untuk penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Ada petua kesihatan, tips kesihatan, info makanan kesihatan dan berbagai-bagai artikel dan info kesihatan yang lain.

Kecergasan


Aktiviti menjejak pantai pelajar-pelajar kspk pj 2009. Pensyarah pembimbing kami ialah En Abu Zarin.

Berat Badan Sesuai

on Monday, March 23, 2009

Lelaki:
Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu meminda berat badan sesuai seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Perempuan:
Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.
Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.