Pendidikan Luar

on Tuesday, June 30, 2009


Tamat la sudah aktiviti pendidikan luar KSPK PJ 2009 di Pulau Redang, Merang, Terengganu. Aktiviti ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. BEST...!!!

Keperitan Bersalin

on Monday, May 18, 2009

Jam 4.30 petang pada 30 April, saya dan isteri tiba di pendaftaran wad bersalin. Dalam wad bersalin,umi dan para ibu dinasihatkan berehat sementara tiba masanya. Perut umi semakin kerap sakit dan sakinnya semakin 'menjadi-jadi'. Jam 6.15ptg saya baru dipanggil oleh nurse untuk masuk dibilik bersalin bersama umi. Saya terkejut melihat kesakitan yang dirasakan dari nada suaranya dan raub wajahnya.
Tepat jam 7.00mlm, kesakitannya semakin memuncak dan dia merasakan macam dah nak keluar. Ntah berapa kali umi meneran, tapi masih lagi tidak berjaya hinggakan saya sendiri yang terasa 'terteran'. Kalau boleh saya sendiri yang ingin menerannya.
Selepas 1jam lebih menanggung keperitan, jam 8.09mlm, Aimi Nasuha akhirnya di alam duniawi dan Azan dan Iqamah dikumandangkan. Sekarang, Aimi dapat melihat alam ni lawaa... sungguh...

Latihan Fartlek

on Monday, May 11, 2009

Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.

Objektif latihan
1. meningkatkan dayatahan kardiovaskular
2. membina dan meningkatkan kepantasan

Mengukur Indikator-Indikator Kesihatan

on Tuesday, April 28, 2009

Renang Gaya Kupu-kupu

on Monday, April 20, 2009

Gaya kupu-kupu adalah salah satu gaya berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah lengan secara bersamaan ditekan ke bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum diayunkan ke depan. Sementara kedua belah kaki secara bersamaan menendang ke bawah dan ke atas seperti gerakan sirip ekor ikan atau lumba-lumba. Udara dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan hidung sebelum kepala muncul dari air, dan udara dihirup lewat mulut ketika kepala berada di luar air.